Wednesday 27 April 2011

Harga Hartanah Akan Meningkat 10 Hingga 20 Peratus Pada 2011

Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu. Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.

“Saya menjangkakan hartanah sederhana dan mewah mungkin meningkat lebih tinggi memandangkan hartanah mewah masih dianggap murah oleh rakyat asing berbanding harga hartanah di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2010 di sini.

Laporan itu diteritkan oleh Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian Kementrian Kewangan.
Lim berkata negara ini menarik lebih ramai rakyat asing menerusi program transformasi kerajaan serta unjuran bahawa lebih banyak syarikat asing akan disenarai di Bursa Malaysia.

“Kami berjaya menarik nilai pelaburan yang adil tahun lepas dengan pelaburan langsung asing meningkat empat kali ganda berbanding angka yang dicatatkan pada 2009.“Kami berharap rakyat asing ini akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan kedua atau ibu pejabat dan melihat Asean sebagai pasaran yang berpotensi,” katanya.

Beliau berkata walaupun harga hartanah akan meningkat, kerajaan akan memastikan gelombang hartanah tidak berlaku.

“Kami memandangkan berat disebabkan hampir 26 peratus daripada pinjaman bank diberikan untuk tujuan perumahan iaitu sebanyak RM240 bilion.

“Usaha sedang dilakukan untuk menyediakan 70 peratus nilai pinjaman untuk pembeli hartanah ketiga serta inisiatif untuk menyediakan pinjaman 100 peratus untuk pembeli rumah kali pertama,” katanya.

Beliau berkata tumpuan utama kerajaan ialah memastikan golongan muda Malaysia disediakan dengan peluang untuk memberli hartanah mengikut kemampuan mereka.

Menurut laporan itu, pasaran hartanah tempatan merekodkan 376,583 transaksi bernilai RM107.44 bilion, dengan jumlah dan nilai pertumbuhan transaksi masing-masing pada 11.4 peratus dan 32.6 peratus berbanding 2009.
– BERNAMA



smalam ade terbaca blog http://ariffshah.com/ pasal pelaburan hartanah. sgt bagus intipati cerita nih. dalam blog tuh ckp, orang kat dunia nih, kalau sebut pasal "Pelaburan Hartanah" je, semua rase macam takut sbb pelaburan jenis ini memerlukan investment yang besar sgt, sbb tuh tak ramai yang nk mencuba. jadi meraka rasa orang kaya sahaja yang ada duit dan blh melabur dalam bidang hartanah. That's y RICH PEOPLE GET RICHER while middle class ppl? hmm.....more tax, more debt.

Tapi, itu semua mentality lapuk. sekarang nih, actually semua org blh menceburikan diri dalam bidang Pelaburan Hartanah. asalkan ada kerja tetap, credit rating, laporan CTOS, CCRIS semuanya bisa diatur. it just what's the most important matter, KNOWLEDGE! tapi itu blh dicari. pak lebai google ada.tanye je pasal pelaburan hartanah, berjuta tan articles klua.senang je.

 kalau mahukan sesuatu. mana ada alasan.kan?




JADI...

... jika anda seorang a BIG THINKERFAST ACTOR dan mahu involve in the Real Estate Investment, seek for a property atau menjana wang dari pelaburan hartanah?

QUICK!!!!
 pls drop an email at






No comments:

Post a Comment